Contoh kerja kerani kemasukan data

Adakah anda berminat untuk bekerja sebagai seorang kerani data entry?

 

Tapi sebelum tu, boleh saya tanya, pernah tak anda lihat iklan kerja data entry sebelum ini? Kalau belum pernah lihat, saya nak kongsikan dulu kepada anda contoh iklan kerja data entry.

contoh-iklan-kerja-data-entry

Iklan ini, saya ambil dari laman web Maukerja.my

 

Bagi mereka yang memang tengah cari kerja, anda boleh gunakan laman web tersebut untuk melihat senarai kerja kosong yang diiklankan oleh para majikan diluar sana.

 

Dengan adanya laman web tersebut, proses mencari kerja kosong sudah tentu akan jadi lebih mudah. Saya masih ingat lagi, semasa saya masih remaja dulu. Kalau nak cari kerja memang agak payah.

 

Saya perlu pergi dari satu kedai ke satu kedai.

 

Kalau tak dapat kerja juga, saya terpaksa pergi ke shopping mall yang lebih besar. Akhirnya, saya dapat kerja di Berjaya Times Square. Bukan kerja di pejabat, sebaliknya kerja di kedai baju.

 

Ok la kan… daripada langsung tak ada kerja. Tak ada kerja, maka tak adalah duit. Bila tak ada duit ni pulak, buat apa pun nanti jadi serba tak kena.

 

Lebih baik buat aje la apa-apa kerja yang ada. Janji HALAL kan.

 

Berbalik kepada topik kita, iaitu tentang peluang kerja Data Entry ni.

 

Kelayakkan minima yang diperlukan bagi mengisi kekosongan kerja data entry

Seperti kebanyakkan kerja-kerja lain yang ada dipasaran, untuk bekerja sebagai kerani data entry juga perlu ada kelayakkan tertentu.

 

Saya kira, iklan kerja ini adalah satu contoh iklan yang memerlukan calon mempunyai kemahiran yang minima. Apa dia?

 

(1) Mempunyai sekurangnya lulus SPM dengan kredit dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

Bila ada kelayakkan lulus SPM ini, secara tak langsung bermaksud calon tersebut dah habis sekolah dan telah melalui proses pendidikan secara formal.

 

Apabila calon ini lulus SPM especially dalam Bahasa Inggeris, maka tak susah untuk buat kerja-kerja yang memerlukan calon faham bahasa tersebut.

 

Lulus Matematik dan Sains juga penting. Sudah tentu majikan mahukan seseorang yang tahu mengira.

 

(2) Boleh bertutur Bahasa Inggeris

Mujurlah tak dinyatakan WAJIB fasih berbahasa Inggeris. Maknanya asalkan anda faham bahasa Inggeris dan boleh speaking lebih kurang dah boleh diterima untuk kerja ini.

 

(3) Kemahiran menaip dan celik komputer

Ini tak sepatutnya jadi masalah besar. Budak-budak sekarang ni sepatutnya ramai yang dah celik komputer. Dekat sekolah ada makmal komputer, dekat perpustakaan ada komputer dan biasanya dekat kawasan-kawasan pekan akan ada dibuka juga pusat siber.

 

Oh satu lagi, saya perasan ada beberapa tempat turut diwujudkan Pusat Internet 1 Malaysia. Ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk belajar cara untuk menggunakan komputer.

 

Sepatutnya, dengan adanya bermacam-macam kemudahan kat sekeliling kita, tak ada lagi masalah buta IT.

 

Tapi kalau memang jenis malas… itu memang kita tak dapat nak bantu la.

 

(4) Calon-calon yang tidak berpengalaman kerja boleh dipertimbangkan

Maksudnya? Kerja data entry ini tidak begitu susah.

 

Ianya boleh dipelajari dengan mengikuti latihan yang diberikan oleh syarikat yang akan mengupah anda sebagai pekerja.

 

Pasti akan ada sistem yang anda perlu belajar dan seterusnya dalam masa beberapa hari dah boleh mahir, dan boleh terus buat kerja seperti seorang yang pakar.

 

Jadi, anda rasa anda boleh lakukan kerja-kerja data entry ini? Bolehlah cuba mohon di laman web maukerja ini.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s